Monday 20 February 2017

MINUMAN UNTUK PENYAKIT DEMAM DENGGI

Minuman dan makanan berkhasiat untuk penyakit demam denggi berdarah ini memang belum terbukti secara saintifik, akan tetapi sudah banyak orang yang melaksanakan rawatan penawar ini kemudian mendapatkan peningkatan kesihatan yang berhujung memperoleh kesembuhan dari penyakit demam denggi.

Demam denggi adalah penyakit yang disebabkan oleh virus denggi. Virus denggi dibawa oleh nyamuk Aedes aegypti dan Aedes albopictus betina ke dalam tubuh melalui gigitan. Untuk mengubati penyakit ini, Anda boleh mengambil beberapa jenis makanan dan jus penawar demam denggi yang hingga hingga kini banyak orang menjadikannya sebagai ubat tradisional.

Daun Betik adalah satu jenis daun yang sesuai bagi pesakit demam denggi. Daun ini mempunyai banyak khasiat yang lebih mudah diserap oleh tubuh apabila diproses sebagai minuman jus. Jus penawar ini boleh dimakan sebelum membuat pemeriksaan kesihatan Anda ke doktor. Sebelum berkunjung ke doktor, pastikan anda mengenal dahulu apa tanda awal penyakit demam denggi.

Orang yang terkena demam denggi boleh dikenali dari beberapa simptom seperti :-
  • Wajah menjadi kemerahan
  • Nafsu makan berkurang
  • Sering mual atau bahkan muntah
  • Kepala terasa sakit
  • Nyeri tak tertanggung di bahagian otot dan sendi
  • Suhu tubuh melebihi 39 darjah celcius selama dua hingga tujuh hari
  • Terdapat ruam merah di kawasan muka, leher, dan dada
  • Timbulnya tompok-tompok merah pada kulit, baik bersaiz kecil mahupun besar

Macam Mana Nak Dapatkan Jus Pati Daun Betik Ini ?



Anda boleh dapatkannya dengan kami, 
Boleh COD di Jalan Bayam, Kota Bharu. 
Boleh juga hubungi kami untuk pertanyaan di nombor 0133650052 (Kak Nab).
.
.
.
P/S : Nasihat dari Kami, lebih baik Anda perbanyak pengambilan JUS PATI DAUN BETIK kerana khasiatnya yang telah dibuktikan banyak pesakit denggi. Tidak hanya itu, untuk mencegah sesuatu yang buruk berlaku, akan lebih baik jika Anda juga mengambil sup ketam. Demikian maklumat mengenai minuman untuk pesakit demam denggi. 

Semoga berguna, jangan lupa dikongsikan pada rakan lain...

DEMAM DENGGI BOLEH MEMBAWA MAUT!!

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam
Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
Apakah rawatan untuk demam denggi?
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.
Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
  1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
    • Membuang bekas yang boleh menakung air
    • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
    • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
    • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
    • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
  2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
  3. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
    • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
    • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
    • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
    • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup